Kelahiran semula Kepercayaan akhirat Mesir Purba

Ada banyak cara untuk orang Mesir memastikan nasib mereka. Banyak tindakan yang orang Mesir buat selepas kematian adalah untuk mempengaruhi keputusan para dewa dan membenarkan mereka hidup untuk kali kedua.

Selepas diadili, semua makhluk dipercayai akan kembali ke rahim Ibu Dewi. Dalam peringkat ini, jiwa bertemu dengan bekas jasadnya yang dipulihkan. Contohnya, di dalam Kitab Orang Mati terdapat beberapa rangkap yang berbunyi, "Aku menyatukan anggota badanmu, Aku menahankan lelehanmu, Aku mengelilingi dagingmu, Aku menghalau cairan pembusukanmu, Aku menyapu bꜣwmu, Aku mengesat air matamu, Aku menyembuhkan semua anggota badanmu, setiap satu bersatu dengan yang lain; Aku mengelilingimu dengan hasil dewi tenunan, Aku melengkapkanmu dan membentukmu sebagai Ra."[39] Kemudian makhluk terlanjang itu mendekati Dewi dan memasuki rahimnya sebagai anaknya. Kepercayaan ini sangat serupa dengan kelahiran dewa matahari Ra, yang memasuki rahim dewi itu setiap malam, dan dilahirkan semula dengan terbitnya matahari.[40] Hubungan Ra dengan akhirat sangat terkait dengan naratif agama yang menjelaskan terbit dan terbenam matahari.[23]

Akhirnya, keabadian yang diingini oleh orang Mesir purba tercermin dalam hidup abadi. Dengan melakukan kebaikan semasam hidup, mereka akan dapat hidup buat kali kedua selama-lamanya.